Petang tadi saya ke perpuskaan lagi.Kali ini nak pinjam buku. Nampaknya hari ini dalam sejarah saya ke perpustakaan untuk tujuan tersebut. Selepas memilih dua buah buku, saya ke kaunter pinjaman. Alamak...tersekat di sana. Saya harus turun ke tingkat satu kembali untuk buat pendadaftaran dulu baru boleh pinjam buku. Mahu tak mahu, ikut ajalah arahan. Yang penting matlamat saya tercapai.
Lepas pinjam, tak balik dulu. Tamak betul rasanya. Elok aja saya membaca , kot-kot ada bahan yangberguna untuk saya. Tak sadar dah hampir pukul 3. Apa lagi bergegas berkemas. Sebab belum zohor.
Nasibkurang baik... ada sebuah kereta diletakkan menghalang kereta saya . Terpaksa berpatah balik ke kaunter , minta bantuannya membuat pengumuman. Alhamdulillah tak sampai 5 minit masalah saya selesai.
Dalam perjalanan pulang, dapat berita dari Zani. Alhamdulillahj, dapat ke final year. Apa lagi sujud syukurlah saya zohor itu.
No comments:
Post a Comment