Nampaknya sepanjang bulan Mei ini jadual saya penuh termasuklah hari-hari bekerja. Yang seronoknya , bulan Ogos pun dah ada yang masuk. Tapi sebaik saya mengemas bilik tidur pagi tadi seorang rakan menalipon saya . Beliau menjemput saya ke sekolahnya hujung minggu ini atas tujuan yang sama. Sedih juga sebab tak dapat hadir kerana sudah berjanji ke Titiwangsa.
Peliknya, bila saya kata mengapa tak beritahu awal, mudah aja jawabnya. Ingat dekat senanglah!
Alahai sayang....kadang-kadang dekat macam jauh. Dan jauh lak...macam dekat!.He! he!!!Macam-macam ye!
No comments:
Post a Comment