Saturday, April 11, 2009

Masak apa?

Tak tahu nak masak apa hari ni! tengok2 di pasar kecil tadi tak ada yang dapat membuka selera. Akhirnya ambil sebiji nenas, salat, ikan kering dan beberapa ekor kembung hitam. Balik baru fikir.
Betul arwah mak cakap dulu...kalau masa kecil nak makan macam-macam, makan ajalah kalau mampu dibeli. Nanti kalau dah macam mak , dah tak selera lagi nak makan. Masak apa pun tak sedap. Kecuali asam pedas, kuah tradisi kami.
Hei, Zani tak sampai-sampai lagi!!!!!. Kata naik keretapi malam tadi. Sekarang dah lebih jam 9 pagi. Sekarang ni, kalau nak gi luar negara lebih cepat berbanding perjalanan dalam negera. Eh! Tentulah, naik kapal terbang mana sama dengan naik keretapi. Apatah lagi kalau naik bas...macam-macam yang kita dengar. Orang kata itu dah takdir tapi takdir apa namanya kalau dah tahu yang memandu tu gila babi? Jangan selalu salahkan takdir.
Allah swt kan bersifat penyayang, pengasih dan adil?

No comments: