Monday, April 20, 2009
Buang Masa Aja!
Sebelum menghantar Zani ke Melaka Central tadi saya singgah dulu di May Bank. Tak senang hati selagi tidak buat penghantaran kepada Lilis dan Ibu Neri. Lebih kurang 15 minit di situ baru ke Melaka Central. Selepas itu saya ke Emoda. Tujuan nak cari kain untuk hiasan meja kuih Ammar nanti. Cari-cari, tapi rasa tak boleh beli kerana tak tahu ukuran sebenarnya dan warna apa yang sesuai. Betul-betul buang masa rasanya. Itulah...hidup kalau tak merancang sebelum buat sesuatu memang tak kan sampai ke matlamat. Tapi kalau dah rancang betul-betulpun masih tak berjaya....redha ajalah. Sebab sebagai manusia , kita ni taklah sehebat manapun hingga menganggap apa yang kita rancang mesti menjadi.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment