Friday, September 25, 2009

Kasihan kat pokok!

Dah dua hari saya tak menyiram dan membelek pokok-pokok bunga ni. Kasihan gak kat pokok-pokok tu!.harapkan hujan yang turun waktu malam aja buat membasah tanah. Tapi kadang-kala air hujan tu tak sampai ke akar umbi pokok. Nampak tak bermaya pokok-pokok tu. Macam orang berpuasa...boleh hidup tapi hidup yang tak bermaya! Akhirnya jadi tak cerialah!
Jadi bagi menceriakan pokok-pokok bunga tu, malam ni saya siram dua kali ganda setiap pokok. Malam ni tentu masing-masing tersenyum keriangan dan esok pasti segar bugar nampaknya.
Kak Ijah tanya saya kenapa pokok-pokok bunga kertas saya nampak lebat benar berbunga. Tak pernah putus katanya. Mudah aja. Kalau nak pokok=pokok kertas tu berbunga terus-terusan, baja harus di beri terus-terusan dan air harus cukup. Kalau cuaca panas lagi best. Siram air banyak-banyak...biar sampai batangnya lemas dengan air. Tambahkan sikit air basuhan ikan . He! He! Pasti cantiknya diaaa!
Nampaknya malam ni saya kena bersengkang mata sebab hendak menyiapkan dua slot ceramah minggu depan. Nampaknya balik asallah saya. Tapi ada beza sikit...sekarang kalau rasa penat atau mengantuk boleh gi kat dapur makan kuih raya....Kalau orang tak datang saya makanlah sendiri kuih raya yang dah tinggal suku botol tu. Best gak!!!!

4 comments:

Kak Nora said...

TK Bi atas tip menjaga pokok bunga kertas. Takut-takut terlebih air, terlebih daun pula.

Safirul Amar said...

marilah kita berkebun, hey! marilah kita berkebun, hey!


safirul amar azmi
http://amarmilan.blogspot.com

Norbi Husin said...

Hei, Amar macam perli bibik aja ni!!!!!!!!!!!

erlahin said...

kalaulah pokok itu boleh menangis....