Sunday, March 1, 2009

RISAU

SUDAH BEBERAPA HARI EDIE KE BRUNAI BARU SEKALI BELIAU MENGHUBUNGI SAYA MELALUI SMS. RISAU GAK MEMIKIRKAN NYA. KADANG-KADANG BEBUDAK NI TAK TAHU ORANG TUA MEREKA RISAU KALAU TAK TERIMA BERITA. MAKLUMLAH, INI BUKAN TEMPAT KITA. INI JAUH ...TEMPAT ORANG DAN TAK BIASA LAK TU!
AGAKNYA MACAM NILAH PERASAAN ORANG-ORANG TUA KALAU ANAK-ANAK MEREKA TAK MENGHANTAR BERITA LAMA SANGAT. AGAK SIBUK KE?APA ORANG TUA MEREKA TAK SIBUK KE?

Thursday, February 19, 2009

Sabar dan ikhlas

Jadi guru ni bukan senang ....susah betul. Bukan susah nak mengajar mereka tetapi hendak melayan kerenahnya. Ada tu terlalu nakal. Guru mengajar bukan hendak di dengar tetapi dimain-mainkan pula. Ada pula yang pandai sangat, belum diajar mereka dah tahu apa yang guru nak ajar. Jadi bila guru mereka mengajar, mereka mulalah buat endah tak endah. Kalau mereka ni betul-betul tahu tak apa. Ini berlagak aja pandai.....tapi bila di soal, jawapannya karut marut. Mana guru tak naik angin?
Ada pula pelajar tu terlalu lemah pick-upnya. Berpuluh kali diajar tak faham-faham. Dah sampai serak suara gurunya bercakap dan menerangkan ..Lama-lama ...ditinggalkannya aja pelajar tu.
Tapi , apapun kerenah pelajar, guru kenalah sabar banyak-banyak. Kalau semua pelajar ni baik-baik dan pandai-pandai, tak payahlah dalam dunia ni ada guru? Kan tugas guru terang-terang dituliskan ..." Mengajar dan Mendidik?" Kerjaya guru juga diwujudkan sebab ada pelajar.Kalau pelajar tak ada di dalam dunia ni, jawatan guru pun tak adalah!

Wednesday, February 18, 2009

Seronok ke sekolah

Walaupun dah masuk ke tahun ke dua saya bersara namun saya masih tak terasa sudah jauh daripada alam pendidikan. Sebabnya, saya masih mendapat jemputan untuk menyampaikan ceramah kepada guru-guru mahupun pentadbir. Seronok juga bila ke sana. Walaupun kadang-kala sesat barat juga nak cari sekolah tersebut.
Minggu depan saya ada 3 slot ceramah. Dua di KL dan satu di Muar. Wah, sambil-sambil ke KL tu boleh gak jalan-jalan . Bukan nak membeli cuma nak jamu mata.
Minggu lepas saya ke Perzim. Dapat jemputan untuk ' Mengenang nostalgia Allahyarham Usman
Awang". Saya memang minat dengannya. Jadi di samping mahu turut serta mengenang jasanya, saya harap saya dapat berjumpa kawan-kawan seperjuangan. Pasti ada yang datang. Maklumlah, takkan nak duduk kat dapur aja ...tapi...harapan saya hampa. Tak nampak sorangpun di sana....Ke manalah mereka ni!!!!!!!!!!!!!!!!

Wednesday, January 28, 2009

Balik Asal

Sudah tiga hari rakyat Malaysia menyambut Tahun Baru Cina. Tengahari tadi saya menghantar Zani ke Melaka Sentral. Beliau akan pulang ke Kota Bharu dengan menaiki Keretapi dari Seremban. Bila sampai di rumah, Edie juga dah bertolak ke Batu Pahat. Nampaknya , semua dah kembali ke tempat masing-masing selepas bercuti. Masa mereka kanak-kanak dulu, memang tak pernah berenggang dengan saya . Ke mana pergi, mengekor aja. Sekarang dah lain pula. Sorang utara, sorang barat dan sorang lagi di timur. Tapi sekali fikir, kalau dah sampai dewasapun mereka masih tak boleh berenggang dengan saya, berat juga kes ni!
Nampaknya, balik asallah saya ni!!!!!!!!!!!!

Monday, January 26, 2009

Tak tenteram

Dah lama benar saya tidak menulis di blog ini. Bukan saja tak menulis, lihatpun tidak! Malas dan hati pula tidak tenteram. Apa tidaknya! Saya baru kehilangan bonda tercinta pada 24 September lalu . Belum hilang rasa sedih tu, perlu pula ke Surabaya menguruskan pernikahan El. Lepas tu, buat pula majlis menyambut menantu. Walaupun majlis tersebut sederhana sahaja, tapi kan perlu juga bersedia macam-macam! Tapi syukurlah . Semuanya berjalan lancar. Allah swt mempermudahkan semua urusan tersebut.
Sekarang ... baru rasa lega sedikit. Sehari dua lagi insyaalah saya akan menyambung tugas menulis buku ke lima saya. Dah lama terhenti atas faktor-faktor tadi. Saya berdoa apabila mula menulis kelak , fikiran saya semakin kembali tenang . Ilham pun akan kembali datang. Tak tersumbat lagi......macam paip air yang sering tersumbat dek kerana sampah-sampah yang banyak...
Buat pertama kali malam ini , saya membuka e-mail saya semula. Wah! Ada juga yang menulis kepada saya. Apa lagi, mereka yang membaca buku-buku sayalah. Nampaknya ada juga yang minat membacanya. Cepat-cepat saya membalasnya. Kasihan budak-budak ni kalau tak di balas e-mail mereka. Lagipun mereka tu kan cikgu-cikgu belaka! Saya sayang mereka semua tuuuuuuuuuuu!.

Wednesday, September 17, 2008

Puasa Lagi

Dah lebih setengah bulan umat Islam menjalani ibadat puasa. Maknanya, Hari Raya sudah semakin dekat. Saya lihat umat Islam sudah mula membanjiri kedai-kedai baju dan kedai bunga. Wah! gawat-gawat macam ni pun, nafsu untuk membeli belah tak berkurangan. Kuih raya tetap hendak banyak dan baju raya harus bertukar ganti. Tak palah bagi yang mampu. Bagi yang tak mampu tu kenalah ubah sikit sikap tu. Berbelanjalah mengikut yang perlu. Kalau sebelum ini kuih raya mahu 10 atau 15 jenis, tahun ni, ada lima jenis pun dah kiralah okeylah tu!
Saya pula, tahun ni dah macam malas betul hendak buat kuih. Dulu masa anak kecil kecil, 5 atau 6 hari puasa aja saya dah sibuk buat kuih lepas berbuka. Berbotol-botol saya buat. Langsung tak rasa penat walaupun di sebelah siangnya saya bekerja. Kalau hari Sabtu dan Ahad, makin banyak kuih yang saya buat. Kadang-kala jam 12 malam pun masih didapur. Tapi sejak kebelakangan ni, dah malas betul nak buat kuih. Buat apa saya buat kuih banyak-banyak? Anak-anak semua dah besar panjang. Mereka ni dah tak macam dulu. Dulu nampak aja kuih raya dah terkam. Lepas raya semua kuih habis. Sekarang, mereka dah tak mahu lagi kuih raya tu. Agaknya dah muak. Jadi buat apa saya buat kuih banyak2? Kalau nak buat pun saya buat yang mereka suka aja. Orang kata kuih Raja Ema . Badam bercampur coklat. Insyaalah pasti kuih tu akan habis nanti.
Walaupun kuih tak ada, tapi berbagai aneka kerepek tetap ada. Anak bujang saya dah janji dia akan beli di Batu Pahat dan bawa balik . Senang gak ye? Tak payah susah2 macam dulu. Ini untungnya kalau masa mereka anak-anak, mereka dah puas makan kuih yang ibunya buat sendiri. Bila dah besar....tak heranpun kuih orang lain!!!!!
Bulan-bulan puasa ni bila berbuka teringat gak kat budak2 ni! Apalah agaknya mereka makan bila berbuka puasa? Saya kat sini masak ikut selera tapi mereka?Untuk menghilangkan rasa terkilan tu saya pujuklah hati sendiri. Saya pun dulu bila merantau macam mereka gak!
Makan apa yang ada atau makan apa yang termampu dibeli ! Alah hidup gak!
Saya berdoa agar el, ed dan zani semuanya sihat-sihat aja!

Sunday, September 7, 2008

TAK KELUAR LANGSUNG

Termasuk hari ini sudah 7 hari umat Islam menjalani ibadat puasa. Alhamdulillah setakat ini saya masih merasa seperti biasa. Segar dan seronok menjalankan kerja-kerja harian. Dulu orang kata kalau kita sudah bersara, kita akan menjadi bingung kerana tak tahu apa nak buat. Ada yang pagi-pagi dah bangun dan hendak pergi kerja, walhal, mereka ni dah bersara. Kasihan juga kalau ada yang macam ni. Bagi saya, kalau dah sampai masa kita bersara tu, eloklah kita bersara, jangan dok nak ingat-ingat lagi suasana semasa kita bekerja. Kan masa tu dah berlalu.
Tapi suka juga saya katakan, kalau kita dah bersara , kita sebenarnya masih lagi boleh buat sibuk .Kadang-kala lebih sibuk daripada mereka yang tidak bekerja. Apataknya/ Lepas subuh aja, kita dah masuk ofice untuk buat sarapan pagi. Lepas tu kita jadi cleaner pula. Sampailah jam 11 pagi. Lepas tu, masuk balik ofice untuk sedia makan tengahari. Petang lak, kita kena jadi gardener.Hoi! penat gak kalau tiap hari macam tu aja. Malam? Kita tak boleh buang masa. Baca apa sahaja bahan yang ada khususnya surat khabar . Dapat gak kita up-datekan otak kita. Kalau tak takut otak kita kecutttttttttt!
Tapi klenapa dua tiga hari ni bila saya mengadap komputer untuk menyambung penulisan bagi buku ke lima saya, otak tak mahu jalan. Ilham tak ada. Puas fikir-fikir, tapi tak keluar juga idea. Pelik juga. Saya mencari sebabnya tapi tak adapun satu jawapan yang tepat. Akhirnya saya agak, saya jadi macam tu sebab perut kosong. Kalau macam tu tak apalah...nanti lepas puasa tentu keadaan saya kembali pulih. Tapi kalau terus-terusan macam ni susah juga saya. Nampak gayanya buku ke 5 ni tak dapat terbitlah. ! Saya tak bpleh mengalah. Saya harus melawan perasaan malas ni.