Sunday, September 20, 2009

Hari Raya.

Alhamdulillah! Cuaca baik hari ini hingga membolehkan anak-anak kita selesa menyambut Hari Raya.
Saya terhibur bila ramai anak buah, bapak buah dan emak buah datang ke rumah menyambung silaturrahim sempena satu syawal ini. Rasa kekosongan lantaran kehilangan orang yang paling rapat dengan saya terubat dengan kedatangan mereka. Semoga tali persaudaraan tetap utuh walau badai melanda keluarga.
Yang seronok saya lihat yang kecil-kecil ini mendapat ampau. Ada yang tak sabar-sabar membuka bungkusan ampau walaupun baru sesaat berpindah tangan. Gelagat mereka amat menghiburkan hati. Walaupun begitu yang paling beruntung tahun ini ialah si Ezra. Tak perlu bergerak, duduk dan tidur aja dalam buaian, tapi sampul ampau penuh di dalam buaian. Aduh! Kan baik kalau saya dapat kembali menjadi dia....He! He! Tak patut....tak patut....!
Salam Aidil Fitri buat semua dan maaf zahir batin!

Thursday, September 17, 2009

Ziarah Kubur

Petang tadi saya mengajak mummi ziarah kubur mak dan abah. Bimbang , esok kalau anak-anak bujang tu dah pulang tentu petang-petang begini saya sibuk di dapur. Lagipun esok biar giliran mereka lak ke sana. Senang hati melihat pusara tu bersih dan kemas. Terima kasih pada Aji yang usahakannya. Esok kalau dah sampai gilirannya tentu ada yang mengemaskan tempatnya pula. Kalau kita buat baik tentu balasannya baik gak.
Saya sentiasa mendoakan agar roh mereka berdua dicucuri rahmat dan di tempatkan di kalangan orang-orang yang soleh.
Ketika arwah masih hidup dulu mereka selalu menegur saya sekiranya saya memarahi anak-anak kerana terlalu seronok nak menyambut Raya. Katanya...' biarlah mereka suka sekarang sebab mereka kaya, ada emak, ada bapak dan cukup datuk nenek. Esok kalau datuk nenek dah tak ada sebahagian kesukaan itu akan hilang'. Kini saya dapat rasakan kebenaran kata-katanya itu.
Benar ...matlamat hidup kita semua sama saja. Kita semua akan menuju kepada Nya!!!!!!!

Wednesday, September 16, 2009

Pagi tadi dapat cal drpd SK d/d K. Saja nak ingatkan saya tarikh 24hb Okt. tu. Alahai...dah nak cuti-cuti sekolah ni kalau cakap macam manapun, mood holiday tu dah ada. Tapi nak buat macam mana? Insyaalah...panjang umur gilah juga. Itupun selepas selesai tugas di SK Klebang. Minta-minta yang bantu memandu tu taklah pening hari tu....
Ezra dah pandai senyum sekarang. Tapi bukan senyum dengan saya, senyum sendiri-sendiri.Kata orang syok sendirilah tuuuuuu! Petang tadi dengar si Bib berbual, ingat ada tamu di biliknya. Intai gak.. rupanya berbual dengan Ezra. Punyalah teruknya!!!!!!!!!!!

Saturday, September 12, 2009

Pening nak fikir lauk apa nak masak petang tadi. Semuanya tak membuka selera. Dulu masa kecil-kecil, kalau mak masak ikan darat masak kuah lemak dan pencuk pucuk keledek, bagai nak pecah perut saya makan. Tapi kalau sekarang saya masak macam tu, alamat tak terjamahlah lauk tu.
Kata suami buat apa masak macam-macam, masak bening dan buat sambal dahlah. Fikir-fikir betul gak cakap dia. Kalau masak yang susah-susahpun kalau tak makan buat apa?
Jadi saya ambil yang paling mudah, masak pindang ikan parang, buat sambal goreng dan goreng ikan sepat masin. Betul gak kata suami. Habis sepinggan saya makan...waktu berbuka tadi.

Resepi masak pindang mudah aja,


1 kelar ikan parang
1 batang serai - dititik pangkalnya.
5 biji bawang kecil- dimayang halus
3 biji bawang putih - dimayang halus
1 buku halia - dimayang halus
3 biji cili hidup merah + hijau -dibelah dua
3 keping asam gelugur
sekepal kecil asam jawa- diperah ambil airnya semangkuk
1 buku kunyit- ditumbuk halus
garam dan serbuk perasa secukupnya.

Cara Memamasak:

Semua bahan dimasukkan ke dalam periuk- masak sampai mendidih.
Masukkan ikan , garam dan serbuk perasa. Matikan api selepas kuah mendidih dan ikan masak.

Thursday, September 10, 2009

Diam tak diam...........

Diam tak diam sudah hampir 21 hari umat Islam menjalani ibadat puasa. Cukup pantas masa berlalu. Bagi kanak-kanak dan orang-orang muda , tentu mereka dah tak sabar nak menunggu kedatangan Syawal...Apa tak nya..bagi anak-anak muda masa nilah mereka nak memperagakan pakaian baru rekaan terkini. Best punya. Bagi kanak-kanak pula , mereka dah mula mencongak-congak berapa banyak kutipan wang hari raya yang boleh mereka dapat tahun ni....Masa nilah boleh ketuk abang-abang, kakak-kakak, bapak-bapak atau emak-emak saudara agar beri duit raya lebih sikit.....hei seronoknya!!!!!
Teringat masa kanak-kanak dulu..memang macam tu lah saya. Masa tu kalau orang bagi 20 sen pun dah cukup banyak. Lepas dapat kumpul duit raya kami adik beradik duduk tercatuk di atas serambi rumah, mengira hasil kutipan sepanjang 3 hari( biasanya masa tu hari keempat raya dah tak dapat duit lagi ). Wang syiling tersebut di susun tindih bertindih , nak tenguk siapa yang terpanjang sekali ! Siapa yang susunannya terpanjang dialah yang paling banyak dapat duit raya. Selalunya saya yang paling banyak dapat. Kadang kala sampai RM 11.00. Wow! Masa itu RM 11.00 tu dah cukup banyak, dah jadi orang kaya. Sebabnya...4 keping biskut lemak baru harganya 5 sen!
Sekarang ni... kalau kita bagi anak-anak 20 sen tentu mereka berdekah-dekah tertawa...
Silap-silap haribulan dia tak mahu ambilllllll!
Apa pun nostalgia itu amat menyeronokkan .
Kepada semua sahabat saya yang mengahantar sms kepada saya, marilah kita sama-sama mengucap syukur kepada Allah swt kerana kita semua masih dapat berhubung antara satu sama lain. Terlalu banyak nekmat Nya kepada kita. Semoga nekmat dan rahmat itu tidak terputus di dunia sahaja.Aminnnnnnn!
\

Wednesday, August 26, 2009

Dapat cucu

Dah lama saya tak menulis di blog saya ni. Kali terakhir saya menulis ialah pada 6 hb Jun. Bukan sebab dah tak kuasa lagi nak menulis tetapi banyak hal yang berlaku hingga masa hendak meluah perasaan kat blog ni macam dah tak ada. Tapi sekarang rasa dah lega sikit!
Sebenarnya antara perkara yang membuat saya terlupa sekejap kat blog ni ialah saya sibuk menyelesaikan penulisan buku saya ( buku ke 5) . Targetnya harus selesai sebelum Julai .Alhamdulillah, Allah swt sudah mempermudahkan. Semua dapat dibereskan dalam jangka masa yang ditetapkan. Lepas tu anak dan menantu pula pulang dan berpindah ke sini. Wah sibuk gak jadinya. Hingga nak pandang lap-top pun dah tak nampak!!!!!
Kemudian panggilan untuk menjayakan kursus-kursus Ladap disekolah penuh setiap Jumaat dan Sabtu. Ada juga yang jemput pada hari-hari persekolahan di sebelah petang. Kalau tak pegi kesihan gak sebab mereka ni dah booking sejak Febuari lalu! Mahu tak mahu gi gak.
Dan yang paling menyebukkan saya ialah bila dapat cucu pertama pada 21 hb.0gos lalu. Wah! Tak menang tangan saya dibuatnya. Kerana menantu bersalin di rumah saya!
Rupa-rupanya, seronok gak dapat cucu ni. Penat , memanglah penat! Tapi bila tenguk mukanya , semua penat hilang...Dan bila dah tahu bila dia nak menagis, bila dia nak kencing, baru saya boleh tune kerja. Lega jadinya.
Apa pun saya ingin mengucapkan Selamat Menjalani Ibadah Puasa kepada semua yang membaca blog saya ini terutama rakan dan taulan yang mengenali saya. Semoga kita semua dapat menjalani ibadah ini dengan penuh ikhlas.

Sunday, June 7, 2009

Selamat Pengantin Baru!

Kalau sampai musim cuti sekolah, Hari Sabtu dan Ahad bagai ada pesta. Jalan raya penuh dengan kereta menuju ke majlis perkahwinan memenohi undangan saudara mara dan sahabat handai.Hari ini sahaja saya memenuhi undangan 7 orang sementara semalam 5orang. Walaupun badan terasa letih tetapi hati gembira kerana dapat meraekan majlis kawan-kawan.
Ini kelebihan masyarakat Melayu kita. Sudah menjadi tradisi, kalau boleh semua undangan hendak dipenuhi. Kadang-kala, yang menjemput rasanya tidak dikenali tetapi bila sampai ke rumahnya baru sedar, kita mengenalinya. Lagipun tak rugi kita ke rumah mereka sebab di situlah kita dapat berjumpa ramai rakan yang sudah lama terpisah. Orang kita tak kisah berapa sumbangan yang kita hulurkan, yang penting ikhlas dan niat membantu sesama rakan. Kadang-kala tak makan pun di rumah tersebut!
Semoga semua anak-anak kita yang baru mendirikan rumah tangga ini dapat melayari bahtera rumah tangga dengan aman dan damai hingga ke akhir hayat.
Selamat Pengantin Baru kepada mereka semua!