Thursday, September 17, 2009

Ziarah Kubur

Petang tadi saya mengajak mummi ziarah kubur mak dan abah. Bimbang , esok kalau anak-anak bujang tu dah pulang tentu petang-petang begini saya sibuk di dapur. Lagipun esok biar giliran mereka lak ke sana. Senang hati melihat pusara tu bersih dan kemas. Terima kasih pada Aji yang usahakannya. Esok kalau dah sampai gilirannya tentu ada yang mengemaskan tempatnya pula. Kalau kita buat baik tentu balasannya baik gak.
Saya sentiasa mendoakan agar roh mereka berdua dicucuri rahmat dan di tempatkan di kalangan orang-orang yang soleh.
Ketika arwah masih hidup dulu mereka selalu menegur saya sekiranya saya memarahi anak-anak kerana terlalu seronok nak menyambut Raya. Katanya...' biarlah mereka suka sekarang sebab mereka kaya, ada emak, ada bapak dan cukup datuk nenek. Esok kalau datuk nenek dah tak ada sebahagian kesukaan itu akan hilang'. Kini saya dapat rasakan kebenaran kata-katanya itu.
Benar ...matlamat hidup kita semua sama saja. Kita semua akan menuju kepada Nya!!!!!!!

3 comments:

INTAN HERLINA JASMI...mAMa MiNe said...

bibik,
sedih & sayu pula hati ni bila mengenangkan hari raya bakal menjelang tak lama lg..intan teringat pd arwah nenek..raya ni adalah raya kali ke-2 tanpa nenek kan bibik..dulu, pagi raya, mesti pergi rumah bibik dulu, salam ngan nenek...skrg, mungkin intan & family ke rumah nenek di Kg Kandang...semoga Allah swt mencucuri rahmat ke atas arwah nenek..ammin..

INTAN HERLINA JASMI...mAMa MiNe said...

bibik,
Raya bakal menjelang, selain arwah nenek, teringat juga pd arwah atok..Atok dulu pernah ckp pd intan, ulat buah takpe kalau dimakan, panjang umur katanya..tp ternyata ajal maut di tangan Allah swt..& atok pergi juga..
Paling tersentuh hati ini..bila mak selalu berkata.."dulu masa arwah tok Hussin kau ada, dia mesti hantarkan mak pisang..mesti hantar, tak boleh tidak"..

Al-fatihah buat Atok & Nenek..

Norbi Husin said...

Intan,
Lantaran itu hargailah mereka yang masih ada bersama kita, agar kesesalan tidak menghantui diri selepas ketiadaannya.
Yang pergi tetap pergi...bibik sentiasa menunggu kedatangan anak-anak buah bibik.
Sayang selalu!