Saturday, September 12, 2009

Pening nak fikir lauk apa nak masak petang tadi. Semuanya tak membuka selera. Dulu masa kecil-kecil, kalau mak masak ikan darat masak kuah lemak dan pencuk pucuk keledek, bagai nak pecah perut saya makan. Tapi kalau sekarang saya masak macam tu, alamat tak terjamahlah lauk tu.
Kata suami buat apa masak macam-macam, masak bening dan buat sambal dahlah. Fikir-fikir betul gak cakap dia. Kalau masak yang susah-susahpun kalau tak makan buat apa?
Jadi saya ambil yang paling mudah, masak pindang ikan parang, buat sambal goreng dan goreng ikan sepat masin. Betul gak kata suami. Habis sepinggan saya makan...waktu berbuka tadi.

Resepi masak pindang mudah aja,


1 kelar ikan parang
1 batang serai - dititik pangkalnya.
5 biji bawang kecil- dimayang halus
3 biji bawang putih - dimayang halus
1 buku halia - dimayang halus
3 biji cili hidup merah + hijau -dibelah dua
3 keping asam gelugur
sekepal kecil asam jawa- diperah ambil airnya semangkuk
1 buku kunyit- ditumbuk halus
garam dan serbuk perasa secukupnya.

Cara Memamasak:

Semua bahan dimasukkan ke dalam periuk- masak sampai mendidih.
Masukkan ikan , garam dan serbuk perasa. Matikan api selepas kuah mendidih dan ikan masak.

7 comments:

Hjh Noralenna Abbas said...

Bi,
Aku kecik-kecik dulu, arwah mak aku selalu masak pindang. Aku dok complained "hari-hari masak pindang, hari-hari masak pindang". Rasanya ada masam-masam sikit, best.

z a t i e said...

masak pindang lawan dgn sambal goreng memang best sgt!

Safirul Amar said...

Asam pedas ikan parang la best...

Norbi Husin said...

Mar, Asam pedas memang best...tapi kalau hari-hari makan asam pedas mukapun dah macam asam pedas...sesekali nak tukar gak selera. Dah tua-tua macam bibik ni kena makan yang bening-bening supaya mata jadi juling! He! He! Mentang-mentanglah mentua masak asam pedas ikan parang, takkan tak toleh yang lain. Ok? Jumpa malam raya, kenduri tau! Bawa sekali Ijah ....

Norbi Husin said...

Salam Zatie... Zatie kena belajar pelbagai jenis sambal goreng tau. Antaranya, sambal goreng kentang, sambal goreng lada hidup, sambal goreng ikan bilis + petai , sambal goreng caipo dan yang lain. Sebab apa? Kalau nak tau, sambal goreng tu ada peminatnya...

Norbi Husin said...

Hallo Nora. Masak pindang bukan aja sedap tapi jimat dan boleh dibuat dalam masa 2 minit. Itu yang best tu...
Kalau pulang ke Melaka datang ke rumah.Kalau ada masa kita ke rumah kak Awie ok?
Maaf zaher dan batin!

INTAN HERLINA JASMI...mAMa MiNe said...

bibik punya selera sama ngan mak lar..suka sgt masak pindang..intan ni apa pun yg mak masak, belasah je lar..sbb anak nya ni x pandai masak..kang komplen, ada yg kena lempang lak..hahahaha..