Hari ini dalam sejarah. Geli hati bercampur bengang. Apa tidaknya, buat pertama kali hendak ke tol Kajang tapi terlepas sampai ke ibu kota. Mengelabah juga rasanya.Maklumlah si Endon sudah menunggu saya di tol tersebut . Beliau dijadualkan akan menjemput saya di situ kerana pagi tu saya ada slot di sekolahnya. Kasihan kat Endon, takut lama menunggu.
Mujur suami relax . Cepat pusing, balik ke Sungai besi . Alhamdulillah, sampai juga ke tempat yang dituju tepat masanya.
Seronok gak bercakap pagi ni. Guru perempuan ramai yang muda-muda dan pasti semangat mereka berkobar-kobar apabila saya mengupas tajuk yang diberi. Yang sudah berumur pula nampak mengangguk-anggukkan kepala. Pasti tanda bersetuju dengan saya. Yang lelaki lak cam mana? Tak kan tersengih je kok? Dahlah kau orang dah nak pupus.....
Apa pun pengajaran yang saya dapat pagi ini, kita harus berhati-hati masa memandu agar tidak terlepas tempat yang hendak dituju. Jangan banyak berborak hingga tak kisah sangat dengan tempat tersebut lantaran sudah tahu tempatnya...Seingat saya , saya belum pernah sesat apabila pergi ke tempat yang tidak biasa saya pergi kerana ketika itu saya dan suami akan berhati-hati dan sentiasa melihat papan tanda.
3 jam bersama warga SMK Jalan Bukit pagi ini saya terasa seperti belum bersara!
No comments:
Post a Comment