Dulu masa bertugas dengan JPM saya selalu tidur lewat. Kalau bertugas di luar Melaka, saya selalu menghabiskan masa malam saya dihotel dengan mengadap komputer. Ada -ada saja yang dibuat. Kalau dapat tidur jam 1.00 pagi , itu dah cukup baik. Biasanya jam 3 .00 atau 4.00 baru mata boleh terlelap. Peliknya, walaupun tidur lewat pagi esoknya saya tetap masih merasa segar juga.
Bila sudah bersara, saya fikir ,saya akan ubah cara tersebut. Tak baik orang yang berumur seperti saya kurang tidur. Maklum ajalah, dah nak hampir kembali menjadi budak!!.tapi , apa yang saya harapkan tetap tak menjadi. Mata terkebil-kebil gak kalau masuk tidur awal. Daripada resah gelisah kerana mata yang degil ni, saya gunakanlah masa itu untuk buat sesuatu yang boleh memberi faedah kepada saya.
Tadi Murni telefon lagi. Katanya saya diminta ke Langkawi 16 hb ni. Ada bengkel katanya. Wah! Bagus juga.... walaupun dah bersara tapi saya masih rasa tetap mahu mencari ilmu lagi...Otamatik saya bersetuju lebih-lebih lagi tarikh-tarikh yang saya harus berada di sana tak bertembung dengan jemputan dari sekolah-sekolah. Semoga saya akan mendapat sesuatu yang baru di sana nanti. Dan yang pasti saya akan tetap membawa buah tangan Abu Sangkan dan Hamka. Saya mahu sentiasa bersama NYA!
No comments:
Post a Comment