Sedang menunggu giliran nombor dipanggil, saya ternampak bekas staf saya yang juga sedang menunggu gilirannya. Tersengih dia memandang saya. Kami bertanya khabar. Panjang lebarlah perbualan kami.
Kasihan juga saya mendengar cerita beliau. Sedang syok-syok bertugas ditukarkan pula ke tempat lain. Kalau tugas yang sama tu tak apa juga, tapi tugas yang bukan bidangnya. Maklumlah, kalau kita dah seronok mengajar di dalam kelas, tiba-tiba disuruh jaga padang bola, atau tengok paip yang mana dah tersumbat, kan mati akal dibuatnya. Ini contoh saja. Kesimpulan ceritanya, beliau dah mula merasa tak seronok bekerja lagi....Kalau macam tu siapa yang rugi ye?
Saya teringat tulisan Allahyarham Dr.Hamka. Katanya seorang pemimpin yang cemerlang , dua saja cirinya. Pertama mesti ada ilmu. Kedua , wajib meletakkan ahlinya mengikut ke ahliannya! Kenapa ramai tak ikut macam tu ye? Kan kita senang kerja kalau ikut macam tu.....?
Dan saya teringat lagi....zaman pemerintahan Muawiyah, huruhara berlaku di sana sini. Kenapa ? Salah satu sebabnya ialah kerana "Syura" sudah tidak lagi diguna pakai.....
No comments:
Post a Comment