Sedang saya mematah sayur-sayur bayam untuk dimasak air pagi tadi dua orang bekas pelajar SIS datang ke rumah saya. Wah! Seronok benar saya menerima kehadirannya buat pertama kali. Mereka ni macam dah berjanji lak, dua-dua orang memakai pakaian sedondong warna hijau. Katanya mereka tak pun berjanji begitu tetapi keadaan jadi begitu. Maknanya citarasa mereka berdua pagi ini amatlah samanya. Atau kedua-dua ni memang minat warna hijau tu..
Apapun mereka ni datang untuk menziarahi saya , sempena bulan baik dan hari yang baik ini. Yang seorang berkhidmat di politeknik Kucing dan yang seorang lagi di Institut Latihan Kehakiman. Bebudak ni kalau dah bekerja dan dah pegang pos yang baiklak tu, gayanya pun dah lain. Wajah semakin cantik....gaya pun semakin menarik. Apa taknya...dah pegang duit ribu...ribu...ribu...
Alahai Nadia dan Zura....terkilan benar cikgu bila tak dapat bagi kau orang berdua makan tengahari . Bukan cikgu tak masak tapi belum selesai masak dan kau orang pula dah tak mahu tunggu ...Nasib baik cikgu tak terlupa ajak kau orang minum dan makan kuih raya made in cikgu sebab asyik berceloteh mengimbau kenangan manis semasa di SIS.
Zura dan Nadia, kau orang tahu tak? Cikgu amat menyanyani semua warga SIS terutama mereka yang ada di situ sepanjang cikgu mentadbir sekolah tu. Aduh! Bila teringat kau orang macam nak menitik air mata ni...
Cikgu tumpang bangga atas kejayaan kamu berdua. Doa sentiasa cikgu panjatkan kepada yang Esa agar kamu berdua terus berjaya dalam apa sahaja yang diceburi....
Terima kasih ampau tu................
Jika cikgu dah tak ada lagi nanti...jika kau berdua teringatkan cikgu....sedekahkan saja alfatihah tu! Boleh?
No comments:
Post a Comment