Monday, September 21, 2009

Tak sangka

Tak sangka betul hari ini , bila Su bawa suami dan anak-anaknya menziarahi saya. Alahai dan besar panjang dua cucu perempuan tu. Yang satu dah jadi ahli x-ray dan yang satu lagi masih belajar- untuk jadi hakim mahkamah syariah. Dulu masa saya ajar Su, dia masih anak-nak tingkatan dua . Cantik tetapi nakal. Hari ini dia dah ada 5 orang anak. Pandai pula urus suami dan amat menjaga disiplin anak-anak. Maklum lah dia tu dulu pernah nakal jadi dah banyak pengalamanlah tu!!!!!!
Malam lak si Prof Dr datang. Kami macam dah lama kenal lak. kami berbual bagai nak rak. Isi perbualan cuma satu. pusisng -pusing cerita tu gak. Tentang mengapa hari ini ramai pekerja kita tidak komited dengan tugas?
Kalau orang sekarang dengar tentu mereka naik angin. Tak kan semua orang macam tu Dok? Tentu ada yang kata macam tu. Tapi suka saya nyatakan memang ramai yang tak komited dengan tugasnya. Antaranya;
1. T idak amanah bila menjalankan tugas.
2. Jarang punctual.
3. Selalu berbohong untuk melepaskan diri
4. Tidak fokus dengan tugas.
5 Tak tahu tapi malas belajar.
6. Gigih, sabar dan tekum bukan pakaiannya.
7., Tak jaga kualiti
.Kalau sesiapa ada ciri yang macam tu tentu dia cepat dapat pasangan.

No comments: