Thursday, September 24, 2009

Dah balik sekor

Hari ni dah raya ke 6. Zani harus berangkat awal kerana harus ada di subang jam 1 tgh. Malam tadi entah jam berapa pulang , sebuk melayan kawan entah di kedai kopi mana. Dah beberapa kali telepon, katanya ,jap lagi pulang tapi sampai masuk tidur masih belum nampak batang hidung. Habis bila kejut pagi tadi liat pula nak bangun. Ini yang rengan tangan nak mencubit ni......
Masa menghantarnya ke Malaka Central tadu khutbah gak. Katanya sesekali layan kawan, kalau dah balik nanti sebuk dah...terpaksa layan orang sakitlak. Aduh! macam-macam alasan diberi agar sepit ketam tak terus menyepit.
Ni sekor lagi...Esuk pula balik ke Batu Pahat. Dan yang sekor lagi berangkatnya hari Ahad malam.
Kasihan gak.... tapi harus belajarlah hidup. Kalau nak orang cuci baju...ah...cepat-cepat menikah. Saya kalau boleh si Ezrapun nak nikahkan Tak payah nak buai-buai dia lagi. eh! ei! mengarutlak!!!

3 comments:

Safirul Amar said...

hehehe, masing2 mengejar cita-cita dan harapan untuk kesenangan bersama nanti suatu hari nanti bibik, bersusah-susah dahulu senang senang kemudian!

Norbi Husin said...

Betul tu! Mana ada manusia senang dulu susah kemudian...

INTAN HERLINA JASMI...mAMa MiNe said...

Jika mampu jadilah pohon di bukit yang tinggi. Jika tidak, cukuplah jadi rumput....tapi biarlah rumput yang paling hijau di muka bumi...