Sunday, October 25, 2009

Dunia Ana Yang Punya!

Hari ini ( Sabtu) adalah hari terakhir saya menunaikan jemputan sekolah bagi tahun ini. Kali ini nampaknya saya kena hadir di tiga buah sekolah. Mujurlah di Melaka. Di sebelah pagi saya dijemput di SKKB dan selepas selesai di situ jam 10.00 saya memecut ke Majid Tanah. Takut benar terlambat sebab saya sudah berjanji akan sampai jam 10.45 pagi. Alhamdulillah, nampaknya janji saya itu diperkenankan Nya. Maka bertemulah saya dengan guru-guru di SKAL & SKDD(K). Mereka ni bergabung, buat di Kolej Komuniti MT.
Selesai, kami memecut pulang. Perut benar-benar terasa lapar, ajak suami singgah di kedai Makan Hjh Rahmah di Bukit Katil. Saya terlalu rindu hendak makan kari kepala ikan. Memang best masakan di situ. Nasib sekali lagi baik. Kepala ikan hanya tinggal satu dan pastinya itu untuk saya.
Nampaknya nasib guru-guru kita hari ini terlalu baik. Saudahlah gaji naik melambung, dapat pula peruntukan untuk perkembangan staf. Tak perlu gi jauh-jauh. Cukup di sekolah aja. Dapat ilmu, dan dapat makan. So...kerja rajin-rajinlah beb! Jangan suka merungut kalau tugas ditambah!
Malam pula, selepas solat Maghrib dapat sms dari CM. Ajak masuk balik DMDI tapi dengan berat hati terpaksa tolak sebab dah seronok dengan apa yang dilakukan sekarang. Enjoy, dapat bergerak ke sana sini, bebas dan tidak perlu fikir banyak-banyak! Nak jalan, saya jalan, nak mengadap komputer tak siapa larang , nak berkebun boleh...Hai ! terasa dunia ni ana yang punya.....kata allahyarham P.Ramli! Maaf DAR!

3 comments:

Safirul Amar said...

satu keputusan yg hebat dan tepat..ye lah, buat apa nak fening - fening bibik, anak semua dah kerja, belajar bagus, semua ada, cucu pun dh dpt! hehe, ini lah masanya nak rilek2 santai sambil bercucuk tanam dan mencari ilham.hehe

ikhlas
Safirul Amar Azmi
http://amarmilan.blogspot.com

Hjh Noralenna Abbas said...

Salam Bi,
Yelah Bi, baik kau bebas macam sekarang. Good decision! Bila kau free?

Norbi Husin said...

Sekarang dah free dah! Datanglah ke rumah ....